1/365 : Selamat datang 2022

       Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk bersama-sama berada pada tahun baru, di mana setiap kali masuk sahaja tahun baru ni, banyak perancangan yang baharu yang telah kita plan untuk dilakukan dalam tahun ini. Selain dengan azam baru untuk tahun 2022.


           Ramai juga yang gembira apabila diberi peluang masuk ke tahun baru, juga kerana bertambahnya umurnya, lagi-lagi kepada yang masih bersekolah sudah tentu berasa bangga kerana mereka meningkat menjadi senior, bertambahnya tahun menjadi syarat kelayakan bagi seseorang untuk melakukan sesuatu seperti kelayakan memohon lesen memandu, atau ada juga yang bersedih kerana terpaksa meninggalkan sesuatu tempat kerana sudah mencapai had tempoh, atau kembali menjadi junior semula.

        Banyak juga perkara menarik yang berlaku sejurus masuk tahun baru tidak lama lagi, dan antaranya perkara yang semestinya menggembirakan umat Islam ialah masuknya bulan Ramadhan, 4 bulan lagi kita akan menuju bulan yang mulia itu, di mana kebanyakkan orang soleh melakukan persediaan 6 bulan sebelum itu, tetapi di antara kita mungkin mulakan pada bulan Rejab. Selain itu, pelajar tingkatan 5 Promax yang akan menduduki SPM sekitar bulan Mac nanti, yang mana mereka tidak sabar untuk menamatkan zaman persekolahan mereka. Banyak lagi perkara yang menarik yang akan datang tidak lama lagi.

       Tetapi, sedar atau tidak berkenaan masuk tahun baru, ada beberapa perkara yang penting mungkin kita lupakan.

     Ya, antara yang mungkin tidak sedar ialah, bertambahnya tahun, bertambahnya umur kita, dan bertambahnya umur kita, semakin dekat kita dengan menghadapi kematian. Kebanyakkan orang berasa gembira apabila menyambut ulang tahun kelahiran, menyambut tahun baru, apatah lagi disambut dengan beberapa perkara yang melalaikan. Sepatutnya dengan meningkatnya tahun atau hari, banyakkan bermuhasabah kerana ajal maut datang pada bila-bila masa, tak kira umur dan andai kita mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya, bagaimanakah?

    Bertambahnya tahun juga dekatnya dengan kiamat. Dengan sekarang dah berapa banyak petanda kiamat yang sudah muncul, dan katanya dekatnya kedatangan Imam mahdi. Bila tu, wallahualam. Tetapi yang penting banyakkan melakukan persediaan untuk menghadapi fitnah akhir zaman dan yang dahsyat ialah fitnah dajjal. Dan waktu inilah perbanyakkan dengan amalan ibadah, melakukan pelbagai persediaan untuk menghadapinya.

     Dan banyak lagi yang mungkin kita lupa apabila bertambahnya tahun, dan ana sendiri tidak mahu cakap Panjang. Tidak salah untuk menyambut tahun baru, meraikannya tetapi cukup sekadar yang mampu dan tidak berlebihan. Dan penting sekali, mulakan perubahan sekarang, susun perancangan dengan elok untuk tahun baru ini. Dan itu sahaja dari ana, dah lama kut tak menulis dalam ni, sebab banyak duduk dalam Telegram. Setakat itu sahaja, selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini kita dapat lakukan yang terbaik dari sebelum ini, amalan yang lagi banyak dari sebelum ini.

Comments