Kenapa sekolah atau tempat pengajian ilmu digelar sebagai bumi barokah?

Gelaran ini biasa disebut oleh pelajar-pelajar pengajian agama, di mana mereka selalu gelarkan tempat pengajian mereka sebagai tempat penuh keberkatan, disebabkan tempat pengajian ilmu yang melahirkan ramai ilmuan dan dinaungi malaikat.

Walau bagaimanapun, tempat pengajian lain pun serupa juga, tak kira sekolah biasa, universiti, pondok tetapi jika di sana tersebarnya ilmu yang bermanfaat disertai dengan perbuatan yang diredhai Allah, maka Allah akan turunkan rahmat ke atas tempat tersebut.

Selain itu, tempat pengajian ilmu juga dikatakan sebagai taman-taman syurga di dunia selain Raudhah di masjid Nabawi, di mana jika di sana ada pengajian ilmu berkaitan Islam.

Menariknya, jika di situ ada pengajian ilmu, malaikat akan kembangkan sayap ke atas mereka yang duduk di majlis ilmu. Berapa ramai malaikat tu Wallahualam.

Banyak lagi kelebihan atau keberkatan yang Allah kurniakan ke atas tempat tersebarnya ilmu, tak kira ilmu sains atau agama, selagi mana ilmu tersebut dapat memakmur bumi.

Jadi, hidupkanlah majlis ilmu, terutama yang berkelayakan dan mempunyai banyak pengalaman ilmu. Bukalah pusat tahfiz atau kitab jika mampu, paling tidak wujudkan ruang perpustakaan di rumah.

Comments