ANAK SULUNG DALAM TARBIAH

 

Sebagai yang paling tua, anak sulung  mempunyai tanggungjawab paling besar selepas ibu bapa, di mana mereka yang memimpin keluarga, mereka jugalah yang mempengaruhi adik-adiknya yang lain. Dan paling penting, mereka menggantikan tempat ibu bapa semasa ketiadaan mereka. Tak kira lelaki atau perempuan, terimalah tanggungjawab ini selagi mana kamu ialah anak sulung.

Namun, adakah mereka ada fungsi atau pengaruh dalam tarbiah dalam keluarga? Sudah tentu ada, tak kira anak sulung, tengah, atau bongsu, semua ada tanggungjawab tersebut. Asal yang bergelar manusia, mereka merupakan seorang pemimpin yang mempunyai tanggungjawab.

Rasulullah bersabda iaitu mereka yang bergelar imam atau pemimpin bertanggungjawab di atas apa yang mereka pimpin

Cuma, bagi anak sulung, mereka ada sedikit kelebihan, disebabkan mereka yang memimpin adik-adik di bawahnya, dan mereka juga cerminan kepada adiknya disebabkan pengaruh mereka. Lagi-lagi jika mereka yang bergelar budak usrah, budak sekolah agama, anak ustaz disebabkan kesedaran Islam yang besar.

Sebagai contoh, kalau anak sulung dihantar ke tempat pengajian agama seperti sekolah agama, sudah tentu adik-adik yang lain terutama yang masih kecil akan ikut sekali, ataupun ibu bapa mesti hantar mereka, kerana inginkan didikan agama seperti anak sulung.

Kalau mereka berada di rumah, terutamanya semasa cuti sekolah, sudah tentu mereka akan wujidkan biah solehah, iaitu suasana di rumah bercirikan islam. Dan apabila mereka wujudkan suasana tersebut seperti mengaji al-Quran, solat berjemaah, dan lain-lain, mana mungkin adik-adik yang lain akan turut sekali mengikutinya, jika mereka tiada apa yang ingin lakukan.

Banyak lagi pengaruh tarbiah yang dapat dilakukan oleh anak sulung, asalkan apa yang mereka lakukan dapat membawa mereka kepada Allah. Ia amat mudah jika dilakukan kepada adik-adik yang belum baligh, namun jika mereka sudah mencapainya, agak sukar sedikit namun usaha jika kamu rasa bertanggungjawab.

Jadi, sesiapa yang bergelar anak sulung, bersyukurlah kerana mereka dikurniakan tanggungjawab yang besar seperti ini. Jangan sia-siakan peluang ini, Allah dah bagi sebaiknya kelebihan kepada kamu. Cuma terpulang pada kamu, nak ikut, ikutlah. Dan tanggungjawab ini tidak terhad kepada anak sulung, tetapi yang lain pun sama, kerana manusia merupakan seorang pemimpin atau khalifah.

Comments