RAMADHAN, PKP, PALESTIN

Setelah hampir 3 minggu Ramadhan meninggalkan kita dengan penuh makna, walaupun apa yang kita harapkan suasana Ramadhan yang sebelum ini tidak direalisasikan pada kali ini. Namun, bersyukurlah di mana terdapat beberapa kelonggaran seperti bazar Ramadhan, Solat tarawih dan aktiviti lain yang tertakluk di bawah SOP berbanding Ramadhan pada tahun lepas yang semuanya dilakukan di rumah, jadi bersyukurlah dan buat apa yang merungut?

Namun, baru sahaja seminggu menyambut Ramadhan, berlaku pula pertambahan kes di mana terpaksalah semua aktiviti dirumahkan termasuk solat tarawih, iftar dan lain-lain lagi kerana PKP dilaksanakan. Namun, ianya terhad di sesetengah negeri dan kawasan yang terlibat dengan PKPD dan berlanjutan sehingga kini. Jadi, 10 Ramadhan terakhir pun di rumah, raya lagi lah.

Dan sekarang kita pula akan menghadapi lockdown, di mana semua aktiviti luar digantung 3 minggu, disebabkan beberapa pihak yang degil dengan menipu pihak berkuasa ingin merentas negeri semata-mata ingin beraya di kampung halaman. Ditambah lagi dengan pihak yang selalu menyalahkan kerajaan, sedangkan diri sendiri pun dikatakan sama macam pihak yang dipersalahkan. Sebab itu lah kes semakin meningkat kerana mementingkan diri sendiri, baik individu, syarikat mahupun pemerintah.

Yang memilukan, pada 10 Ramadhan yang terakhir juga saudara kita di Pales.tin diserang oleh Sitrael, di mana antara kemuncak permulaan ialah ketika pada malam ke-27, iaitu ramai rakyat Palestin pergi ke masjid al-Aqsa untuk menghidupkan malam tersebut. Namun pihak Sitrael menutup laluan dan terpaksalah mereka berjalan sejauh 20km ke sana. Dan semasa mereka solat jugalah mereka diganggu oleh askar laknatullah dan dilanjutkan dengan beberapa siri peperangan.

Pada minggu lepas, mereka merasai kemenangan seketika di mana berlakunya perjanjian gencatan senjata setelah hampir berminggu dengan suasana bunyi peluru dan bom, namun ianya seketika selepas askar laknatullah kembali setelah 12 jam perjanjian gencatan senjata yakni selepas mereka menunaikan solat Jumaat. Sepanjang tempoh gencatan senjatalah itu sahaja mereka menyambut kembali aidilfitri mereka, di mana pada 1 Syawal pun mereka berperang, takkan nak beraya dengan keadaan di bom?

 

Berdasarkan tiga point yang dihighlightkan di atas, iaitu suasana Ramadhan, datangnya PKP dan juga peperangan di Palestin, ketiga-tiganya ada perkaitan di antaranya. Dan perkara tersbut juga adanya perkara yang menarik yang patut kita faham, dan juga perlunya memahami keadaan-keadaan seperti itu.

 

Jadi apa yang menarik dengan ketiga-tiga point itu?

 

Antaranya ialah, Allah sudah beri peluang kepada kita, setelah setahun merasai Ramadhan di rumah, di mana masjid pun ditutup, apatah lagi merentas negeri. Walaupun ianya terhad, namun andai kita layak, pergilah ambil peluang tersebut. Namun, masih lagi yang tidak mahu ambil peluang, paling mengecewakan bila ada pihak yang mencanang dengan beberapa teori konspirasi, dah lah masa ada peluang banyak tu tak nak pergi masjid, bila dah PKP baru nak datang pastu kata pulak kerja Freemason. Menang semua ni dirancang secara sulit, tapi masjid ditutup tu ada lah sebab dia, sampai masa zaman sahabat pun ada masjid ditutup kerana wabak, jadi kalau tak mahir basic usul fiqh, jangan sembang macam mufti.

Satu lagi, sebab kita patut kena rebut peluang ialah di mana Allah pilih kita untuk merasainya walaupun sekejap, walaupun ada had dia. Kerana saudara kita di luar sana pun ada yang tak dapat merasai peluang macam ni. Contohnya di Uyghur, kita dah tahu cerita dia masjid di sana memang ditutup, sampai pengembara kita pun ditahan polis sana kerana solat di masjid, namun diselesaikan selepas contact pihak kedutaan.

Bila ada peluang tu, jangan pula mengkufuri dengan beberapa perkara, di antaranya bila kita ada penyakit namun tetap ingin ke masjid, dan akhirnya mencetuskan kes di satu kawasan. Iaitu tidak mengikut SOP, di mana ada perkara yang dilarang kita mahu lakukan, dan akhirnya peluang tersebut ditarik sebagaimana di beberapa tempat dan negeri di mana baru sahaja seminggu menyambut Ramadhan, masjid pula ditutup,  disebabkan peningakatan kes yang mendadak. Dan ada juga yang berdegil melaksanakan solat di masjid walaupun diarah tutup dan akhirnya mencetuskan banyak kes di satu lokaliti. Bak kata pepatah, kerana setitik nila, rosak susu sebelangga, sama juga seperti keadaan di atas, kerana seorang buat masalah, habis satu tempat binasa.

 

Budaya yang sepatutnya dielakkan masyarakat kita ialah budaya mementingkan diri sendiri. Sudahlah pentingkan diri sendiri, siapkan salahkan pihak kerajaan sedangkan diri sendiri lebih kurang sahaja. Ana bukannya orang pro kerajaan, tapi dah bila nampak rakyat biasa sendiri tak menjaga SOP, sedang mereka lah yang mengata lebih bahawa ahli politik tidak menjaga SOP. Yang isu double standard tu lain cerita lah, malas nak sembang. Perkara yang dilihat rakyat biasa melanggar SOP ialah di mana orang yang tinggal bersama ada kontak rapat, positif kes namun mereka tetap juga keluar dari rumah dan masjid, merentas negeri terutama hari raya dengan sebab yang bukan keutamaan yang akhirnya menambahkan kes sahaja, berbanding kes tempat kerja dan Pendidikan.

Yang menyedihkan bila mufti mengeluarkan pandangan bahawa merentas negeri semasa wabak adalah haram, namun pandangan beliau diputarbelitkan dan diperlekehkan oleh masyarakat jahil, di mana ramai mengatakan berjumpa ibu bapa semasa ini adalah haram, sedangkan beliau tidak berkata demikian. Apa yang dimaksudkan ialah haram merentas negeri jika tiada keperluan yang mendesak ataupun mengambil kesempatan atas kebenaran yang diberikan. Satu nak tanya, hari lain tak boleh ke jumpa ibu bapa, semasa ada peluamg merentas negeri tak nak jumpa, bergerak tempat lain, tapi masa raya jugak nak pergi jumpa.

 

Time ni tengah marah, sorry

Walaupun kita lihat rakyat Palestin berperang itu biasa, namun jangan berkata sedemikian kalau nak mengalihkan perhatian kita dengan tidak mahu cakna atas mereka. Ya, walaupun kehidupan mereka setiap hari diganggu oleh Sitrael, namun mereka berjuang untuk menjaga tanah air mereka. Ditambah lagi mereka mempertahankan hak mereka ke atas al-Aqsa, iaitu tanah wakaf hak milik umat Islam, di mana di situlah terletaknya masjid dan juga gereja bagi yang bermazhab ortodoks. Salahuddin al-Ayubi pernah berkata: Sesiapa yang menguasai al-Aqsa, maka ianya telah menguasai dunia.

Semua bangsa merebut untuk menguasai al-Aqsa, namun sudah tentunya ianya milik Islam, walaupun ada sejarah yang mengatakan bangsa Yahudi pernah membina kuil mereka sebelum Islam datang lagi, namun Yahudi yang ingin menguasai al-Aqsa ialah Yahudi Zionists, iaitu kumpulan Yahudi ekstremis, yang menjadikan dajjal sebagai idola mereka, dan juga peyembah Freemason dan Illuminati, bagi yang lain terutamanya Islam yang munafik. Sesiapa yang mengaku Islam tapi ikut Freemason selayaknya dicop munafik, kerana mereka ialah golongan yang mengkhianati. Ingat, al-Aqsa itu hak milik Islam berdoalah suatu masa nanti ianya terbebas.

 

Dan yang terakhir sekali, bersyukurlah dengan nikmat keamanan, walaupun ianya tidak seberapa aman sejak dilanda wabak coronavirus. Tetapi keamanan yang dapat dirasai kita ialah tiadanya perang walaupun sejak kebelakangan ini ada ancaman dari Sitrael, dan harapnya ianya sembang kosong dan sekadar ugutan. Kenapa, amannya kita kerana dapat beribadah dengan tenang di masjid mahupun rumah, dapat melakukan  ibadah lain, dan juga beberapa perkara yang kita dapat lakukan dalam kehidupan harian. Tetapi, masih ada yang mengkufuri nikmat ini, dengan melakukan pelbagai maksiat di atas peluang keamanan ini, walaupun kita dihadkan semasa wabak ini, masih ada yang melanggar SOP, melihat pornografi dan lain-lain. Keamanan itu suatu nikmat, sebagaimana Allah sebut dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, Jika kamu mensyukuri dengan nikmat yang kami berikan, maka kami akan menambahnya, dan andai kamu mengkufurinya, sesungguhnya kami akan menurunkan azab yang keras ke atas kamu.

Cuba kita lihat saudara kita di luar sana, jangan tengok bangsa Arab di emirates, Brunei sana. Tengok di Uyghur, Pattani, dan paling di bawah perhatian kita, Palestine dan Syria. Nak pergi masjid pun risau ditembak atau ditahan, keluar rumah lagi lah. Sampaikan di Palestin Muslimah terpaksa bertudung di dalam rumah walaupun semasa tidur, kerana elak ditemukan jenazah dalam keadaan tidak menutup aurat jika rumah dibom. Kita? Bermuhasabah dirilah.

 

Saddam Hussein, yang digeruni oleh bangsa laknatullah dalam pertahankan palestin

Kesimpulannya, ketiga-tiga point di atas yang dikatakan adanya perkaitan dan persamaan diantaranya, juga dapat dikaitkan dengan keadaan kita semasa. Walaupun tempat dan keadaan yang berbeza, namun perasaan yang mereka rasa kita sendiri dapat merasainya. Macam apa yang kita lihat di Palestin, mereka berperang dan kita di sini pun berperang juga namun mereka berkerang dengan musuh yang nyata iaitu Sitrael tetapi kita berperang dengan musuh yang tersembunyi iaitu virus yang berbahaya. Usahlah perpengaruh dengan bangsa konspirasi yang sekepala dengan Wahabbi, yang sekadar menghasut kita dengan perkara yang diclaim kebenaran walaupun dilihat benar. Dan berdoalah supaya Allah mengangkat wabak yang kita hadapi, juga membebasan ke atas al-Aqsa, jangan lupa untuk menjaga SOP sepanjang PKP ataupun Lockdown yang bermula esok. Semoga bermanfaat

Comments