Salam Nisfu Sya'ban

 

   



      Malam Nisfu Sya’ban merupakan antara malam-malam yang penuh berkat selepas malam Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. Maksud malam Nisfu Sya’ban ialah pertengahan Sya’ban di mana malam tersebut berlaku pada 15 haribulan di bulan Sya’ban dalam kalendar Hijrah.

           Rasulullah menggalakkan umatnya untuk mempertimgkatkan amalan ibadah pada malam tersebut, dan terdapat juga beberapa dalil hadith yang menyebutkan berkenaan malam ini.

        Antara dalil yang menyebutkan tentang malam ini ialah Hadith nabi dari Abu Amir yang bermaksud: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. Selain itu, dari Abu Bakar menyebut dari Rasulullah yang bermaksud “Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan setiap yang bernyawa kecuali orang yang ada dalam hatinya permusuhan dan juga orang yang syirik”. Dan beberapa dalil hadith yang sahih berkenaan malam Nisfu Sya’ban.


     So, apa yang best, apa yang menarik berkenaan malam Nisfu Sya’ban?

     Antaranya ialah malam tersebut ialah malam yang terbaik selain dari malam Lailatul Qadar. Dan pada malam itu, Rasulullah menggalakkan umatnya untuk memperbanyakkan ibadah. Walaupun tiada pernyataan yang jelas berkenaan kenyataan ini, tetapi beberapa ulama yang berpendapat sedemikian. So, mana yang baik itu kita ambil lah.

      Ana pernah sekali singgah di Masjid Sri Petaling, pada masa tu baru je balik dari penutup Musabaqah peringkat antarabangsa dekat Klcc, pastu dah lah malam tu balik kena kayuh, ikutkan nak je terus balik ke kolej, terfikir pulak alang-alang dah nak dekat Sri Petaling, so singgah je lah bermalam. Kemudian baru perasan malam tu ialah malam Nisfu Sya’ban, tu pun tahu masa bangun tahajjud. Ditambah lagi malam tu lagi ramai yang datang dari kebiasaan. Ikutkan time sebelum corona tu, memang ramai lah. So nak ceritanya, malam Nisfu Sya’ban tu kalau kat masjid, orang yang datang tu ramai jugak lah, bergantung pada tempat.

     Selain itu, malam itu juga dikatakan malam pengampunan dosa dan malam diangkatnya buku catatan amalan. Sebagaimana yang dinyatakan macam di atas dan lain-lain, para malaikat akan turun ke bumi untuk mengampunkan dosa orang yang beriman, dan Allah mengampunkan dosa kesemua yang beriman kecuali yang bermusuhan, membunuh diri dan yang syirik. So, mana yang ada buat silap dengan orang tu, pergi lah mintak ampun cepat-cepat, lagi-lagi dengan parents, hutang member tak bayar tu cepatlah setelkan.

     Malam itu juga dikatakan malam dimakbulkan doa. Apa yang kita hajat pada malam itu, inshaallah Allah perkenankan selagi mana doa yang kita minta itu baik-baik. Mintalah apa yang kita ingin hajatkan selama ini, sebaiknya mintalah kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman dan dajjal, dimatikan dalam iman, ditetapkan keimanan, peroleh syurga dengan redha Allah.

     Jadi, walaupun sambutan Nisfu Sya’ban tidak sambut oleh Rasulullah dan disambut oleh para ulama’ dan salafussoleh, apa salahnya kita menyambutnya. Walaupun terdapat keraguan berkenaan dalil tersebut, namun selagi mana ianya tidak menyalahi syarak, tiada masalah untuk melakukannya. Jadi, marilah kita jayakan malam ini dengan bangkit tahajjud, subuh berjemaah di masjid surau di awal waktu. Ana juga inginkan mengucapkan selamat menyambut malam Nisfu Sya’ban kepada semua pembaca, semoga kita dapat melakukan persediaan menuju Ramadhan nanti.

Akhi Lebai
28/3/2021
15 Sya’ban 1442
Menunggu masa untuk Kembali ke Ramadhan dan kolej


Comments