Jangan jadi orang yang jahil dan palatao dalam bab ilmu


 

Ilmu akhirat itu penting.

Ilmu dunia juga penting.

Ilmu dunia yang akhirat lagi penting.

 

Selagi mana ilmu itu bermanfaat, selagi itulah ilmu itu datangnya dari Allah.

 

Walaupun bukannya ahli dalam ilmu yang lain, sekurangnya sekadar dapat mengetahui yang asas. Tetapi, lebih baik berusaha untuk menguasai ilmu yang lain.

 

Tambahan, menuntut ilmu itu wajib sebagaimana dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah)

 

Namun, kedua-dua ilmu saling melengkapi antara satu yang lain.

Andai tiada ilmu dunia, maka ilmu akhirat juga kurang cantiknya.

 

Andai tiada ilmu kejuruteraan, macam mana nak dirikan masjid yang kukuh?

Andai tiada ilmu kewangan, macam mana nak membayar dan mengira kadar zakat?

Andai tiada ilmu sains pemakanan, macam mana nak menghasilkan makanan yang halal?

 

Macam mana nak bawa jemaah umrah kalau tiada kepakaran dalam membina dan terbangkan pesawat?

Jadi, andai ilmu tersebut tidak kuasai, bukan sahaja dikuasai oleh orang-orang kafir, malah kita juga jahil dalam bab agama. Tambahan, sesiapa yang tidak tunaikan tuntutan fardhu kifayah dalam suatu lokaliti ataupun tempat, maka seluruh penduduk sana mendapat dosa besar. Seorang sahaja yang menguasai bidang tertentu sudah memadai, namun alangkah bagusnya jika masyarakat di sana juga mengambil sedikit dari ilmunya, supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama.

Tetapi, janganlah menjadi orang yang sombong, iaitu tidak mahu menuntut ilmu, baik dunia atau akhirat, yang akhirnya menjadi orang yang jahil. Sudahlah jahil, sombong pula dalam mencari ilmu, paling teruk bila tidak menghormati orang yang berilmu. Orang yang jahil bukan sahaja mendapat dosa atas kesombongan, tetapi orang yang berilmu sendiri pun malas berdebat atau melayani kerenah golongan yang jahil abadi. Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Beliau juga berkata bila berhadapan dengan mereka iaitu:

“ Apabila orang-orang bodoh mengajak berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik adalah diam"

 

Selain dari itu, jangan pula "sembang palato" iaitu tidak tahu atau kurang pengetahuan dalam sesuatu ilmu tapi bercakap seperti berpengetahuan hakikatnya apa yang dikatakannya tidak benar. Lagi teruk ancaman Allah kepada orang sebegini berbanding yang di atas, lagi-lagi melibatkan nama Allah dan Rasulullah.

 

Berminat untuk booking tempat di neraka? Silakan berdusta atas nama Rasulullah

Semoga Allah memberikan kefahaman yang baik dan dijauhkan dari sifat jahil, ujub dan takabbur.

 

Akhi Lebai

27 Feb 2021

16 Rejab 1442

Comments