Pesanan 5 Ta kepada Huffaz daripada Sheikh Ayman Suwayb

 Bismillah,


           Baru-baru ni, ana ada follow satu live dekat satu page fb dari sebuah madrasah. Page fb tu ana baru je follow, lebih kurang sebulan jugak lah, apa yang ana suka pasal page tu sebab sering share tip berkenaan tip hafazan dan nasihat untuk para huffaz, selain beberapa page dan group fb yang lain. Cuma kali ni, penyampai tu share berkenaan 5 point yang perlu diambil berat oleh para huffaz ataupun yang perlu dijaga untuk pastikan al-Quran yang ingin dijaga benar-benar terjaga.

 


           5 point itu adalah 5 “Ta” kepada para huffaz. Sebenarnya point-point itu merupakan satu nasihat daripada seorang sheikh iaitu Sheikh Ayman Suwayb. Beliau merupakan seorang guru al-Quran yang diiktiraf antarabangsa, di samping menjadi juri hakim musabaqah untuk tajwid dan makhraj huruf. Walaupun ringkas tapi huraian itu cukup memberi makna untuk kita terus jaga al-Quran.

     

        Jadi, apa tu 5 ta?

 

        Ta yang ta ti tu, ke ta mati, tan tin tun? Bukan…hahaha.

 

        Ta yang dimaksudkan ialah الترغيب/التصميم (Keinginan/ Kehendak) , التضرع إلى الله (merendah diri terhadap Allah) ,  التركيز (Fokus) , التكرار (Mengulang hafalan baharu) , التعاهد (Ulang hafalan lama, murajaah).

 

TA PERTAMA: الترغيب/التصميم (KEINGINAN/ KEHENDAK)


           Antara perkara yang paling penting sekali ialah keinginan. Nak buat suatu perkara mesti ada keinginan, kalau tak ada keinginan memang tak akan terjadi melainkan dipaksa. Tapi perkara tu ada kaitan dengan tujuan untuk menghafal al-Quran.

 

 Kebiasaannya, jawapan inilah selalu dijawab oleh penghafal al-Quran berdasarkan keinginan mereka. Antaranya:

 

  •           Mereka ingin menghafal al-Quran kerana untuk mengikuti sunnah Rasulullah dan mencontohi sahabat lain, di mana baginda juga menghafal al-Quran.
  •          Ada yang mahukan ibu bapanya dipakaikan mahkota yang lebih bersinar dari sinaran matahari di akhirat, disebabkan anaknya yang menghafal al-Quran
  •           Ada yang ingin menjadi sebahagian dari “keluarga” Allah, di mana ahlul Quran dikatakan daripadanya.
  •           Mereka juga mahukan syafaat al-Quran, juga mahukan keluarga lain mendapat syafaat tersebut.
  •           Dan beberapa keinginan lain yang mereka inginkan, bergantung pada kehendak masing-masing.

Tetapi, yang penting sekali ialah niat kita yang betul, semestinya buatlah kerana Allah. Percayalah niat kerana Allah dan keinginan yang sesuai, Allah akan bantu untuk menghafal dan menjaga al-Quran dengan baik dan mudah, Inshaallah.

 

 TA KEDUA:  التضرع إلى الله (MERENDAH DIRI TERHADAP ALLAH)


         Bezanya orang yang hafal al-Quran dengan orang awam biasa ialah keupayaan untuk menghafal al-Quran dan memahaminya. Ya, orang yang hafal al-Quran, sudah tentu mereka mampu menjaganya dan muga mempunyai keupayaan yang luar biasa.

 

        Namun, segalanya terjadi hanyalah dengan izin Allah. Kerana apa yang dapat, sama ada kebolehan untuk menghafal al-Quran, mampu mentadabbur ayat semuanya dating dari Allah. Manusia, sehebat mana pun, dia tetap lemah, banyak kesilapan. Walaupun Rasulullah merupakan antara manusia yang terbaik, seorang yang maksum, namun baginda tetap merendah diri terhadap Allah sehinggakan baginda beristighfar 1000 kali setiap hari paling minimum.

 

Astaghfirullah, banyakkan istighfar ya

        Jadi, perbanyakkanlah memohon ampun kepada Allah, kerana hidup seorang manusia sentiasa bergelumang dengan dosa. Selain itu, perbanyakkan doa supaya diberi kekuatan untuk beribadah serta untuk istiqamah dalam menjaganya.

 

 

TA KETIGA : التركيز  (FOKUS)


           Nak Hafal al-Quran, fokus kena banyak. Ayat atau muka al-Quran yang ingin dihafal memerlukan tumpuan yang banyak lagi-lagi jika disertai dengan target. Semasa hafal kosongkan fikiran, tenangkan fikiran, bila rasa dah tenang baru boleh mula menghafal. Kadang gangguan luar juga boleh menyebabkan tupuan kita untuk menambah hafalan terganggu.

 

         Sebab itulah tempat yang sesuai untuk menghafal ialah di tempat yang kurang gangguan, senang cerita tempat yang tidak berapa sunyi atau tidak berapa crowded. Kalau terlalu sunyi, bimbang syaitan datang mengganggu manakala sebaliknya terdedah kepada gangguan orang lain. Tambahan pula, jauhkan diri dari smartfon sebab ianya mengganggu tumpuan kita untuk membaca al-Quran. Melainkan kalau di madrasah atau sekolah, ikutlah peaturan yang ditetapkan.

Mencari modal masa qiamullail dapat tambah fokus dalam menambahnya
 

          Bukan sekadar fokus untuk menghafal, malah para penghafal al-Quran tak patut sibukkan diri dengan aktiviti yang tidak berfaedah, lagi-lagi jika ianya melibatkan maksiat. Walaupun ada aktiviti lain yang berfaedah tetapi usah disibukkan jika ianya dikhuatiri mengganggu perkara yang menjadi keutamaan seperti belajar. Namun, para penghafal digalakkan untuk sibukkan diri dalam dakwah dan tabligh serta usrah untuk sampaikan perkara haq dan batil kepada masyarakat tetapi jangan sampai mengganggu yang keutamaan.

 

          Ana pernah alami sendiri, di mana ada satu program yang ana kendalikan dan pada hari imtihan, ana ditugaskan untuk bentang tugasan sedang ana perlu sibukkan dengan persiapan imtihan. Namun apa yang terjadi cukup menyedihkan bila keputusan yang diperolehi tidak dapat membanggakan kedua orang tua ana. Jadi sejak dari itu, ana sibukkan diri dengan usaha dakwah di samping banyakkan diri dengan al-Quran.

 

         Ada satu page Fb yang ana pernah baca bahawa sheikh mereka pernah berpesan semasa di Mesir iaitu Para penghafal al-Quran perlu sibukkan diri dengan al-Quran sahaja dan jangan sibukkan dengan benda lain, sekadar ingatan bahawa tanggungjawab itu banyak, bukan sekadar dengan al-Quran.

 

TA KEEMPAT : التكرار (MENGULANG HAFALAN BAHARU)

 

            Masuk pula pada proses mengingati ayat al-Quran, sudah tentu memerlukan usaha untuk lekat di dalam ingatan dan juga hati. Dan proses untuk mengingatinya memerlukan beberapa kali pengulangan sehingga benar-benar melekat.

 

Haa...berapa muka dah dapat tu?

            Berapa kali memerlukan ulangan untuk sampai kita ingat? Terpulang, janji sesuai dengan kemampuan kita dan juga kelancaran kita. Ada yang baru sahaja 5 kali ulang satu ayat, terus boleh dapat, dan ada juga yang sampai 50 kali baru ingat. Jangan bersedih, jangan kecewa dan juga mudah putus semangat bila berkali-kali ulang tapi tak dapat ataupun down bila lihat kawan sebelah yang mempunyai kemampuan mengingati dalam masa singkat. Allah tahu kemampuan kita, sebagaimana pada point yang kedua di mana Allah sahaja izinkan suatu perkara terjadi.

 

          Allah tak tengok berapa kali kita ulang, tak kisah sekali ke beratus kali ke sebab semua sama, ingat jugak al-Quran last-last.

 

TA KELIMA : التعاهد (ULANG HAFALAN LAMA, MURAJAAH)

 

              Ini paling penting sekali, bila dah hafal kenalah jaga betul-betul hafalan kita. Dahlah punya penat nak hafal takkan nak lupakan begitu sahaja? Mestilah kena ulang balik apa yang kita hafal sebelum ini.

 

             Pernah sekali dengar dari seorang ustaz dari Darul Quran, ustaz apa entah tetapi ayat itu dipegang sehingga sekarang oleh kebanyakkan banin dan banat iaitu:, Masyi itu angerah, murajaah itu amanah.

Quran dan para huffaz berpisah tiada
 

            Yes, murajaah itu satu amanah bagi kita, kerana kita diamanahkan untuk menjaga al-Quran dengan sebaiknya serta beramal dengannya. Kerana di akhrat nanti kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala amanah yang diberikan semasa di dunia, sampaikan al-Quran sendiri menjadi pembela kepada pembaca atau melaknatnya. Sudah kita tahu bahawa sesiapa yang melanggar amanah merupakan satu dosa besar, bukan itu sahaja bahkan ianya merupakan satu tanda bagi orang yang munafik. Takkan orang hafal kalamullah last-last dicop munafik, pastu end up dicampakkan ke dalam neraka kerana al-Quran tak dapat membelanya.

 

          Lagipun, sifat bagi manusia ialah cepat lupa. Walaubagaimanapun, jangan jadikan alasan utama untuk tidak mengulang semula hafalan al-Quran yang sudah dihafal apatah lagi meninggalkannya, lagi teruk bila langsung tak sentuh al-Quran. Sebagaimana pernah dinggatkan oleh kebanyakkan guru ana, paling minimum murajaah sebanyak 1 juz sehari, dan banyakkan hafalan dan tilawah. Selain itu, banyakkan mengulang di dalam solat-solat sunat terutamanya solat malam. Jadikan sebagai mutabaah amal (amalan harian, ataupun boleh kata amalan wajib lah) kita setiap hari.

 

          Percayalah, Allah memilih sesiapa yang layak untuk benar-benar menjaga 30 juz al-Quran dan itulah antara amanah yang terbesar yang Allah berikan. Jangan khianatinya, walaupun Rasulullah sendiri pun tidak tahu yang baginda akan diangkat menjadi Rasul tetapi baginda tetap teruskan kerja dakwah sehinggalah wafat. Tambahan pula, al-Quran hanya boleh dipegang oleh hati manusia walaupun tidak seteguh gunung sekalipun gunung tidak mampu menahan beban ayat-ayat al-Quran yang dipegangnya.

 

Benda yang perlu ada, Quran besar untuk hafazan, yang kecil untuk murajaah di mana-mana

           Kesimpulannya, 5 Ta merupakan nasihat yang bermakna dari seorang sheikh kepada para huffaz di seluruh dunia. Walaupun kita tidak melihat atau pertama mengenali sheikh tersebut, sebaiknya mintalah nasihat daripada orang yang alim untuk merawat hati kita dan memotivasikan semangat kita yang lemah. Harapnya kita sama-sama memegang amanah yang Allah berikan kepada kita. Andai kita ingin berhenti separuh jalan, yang penting jangan sesekali lupakan ayat al-Quran yang telah kita hafal. Moga Allah membantu kita untuk istiqamah dalam menjaga al-Quran.              


Comments