KENAPA AKU IKUT USRAH?

          Setiap kali sebut je pasal Usrah, selalunya orang tanya ana dengan berbagai soalan. Ada yang tanya dengan baik, dan ada juga sebaliknya, dan juga antara pertanyaan yang biasa antaranya:

Kenapa Nas ikut Usrah?”

Usrah yang nas ikut ni berpegang pada ASWJ ke?


Apa tuuuuu......? Tu lah tujuan kita

Dan ada juga yang cuba meracun ana untuk keluar dari usrah iaitu:

Nas, bertaubatlah dari ikut Usrah abang long fadi tu, buang masa je

Enta tau tak usrah tu ada unsur ISIS, kenapa ikut, join lah usrah ni

Kau dah la perangai macam tuuuut, pastu ikut jugak usrah, macam nothing je


         Apa-apa orang yang kata pada ana tu, mana yang baik ana terima dan ikut, dan jika sebaliknya, ana cuba perbaiki, ataupun abaikan. Itulah dikatakan asam garam para daie, selalu ditanya berbagai soalan, dan pada masa sama selalu juga dimaki.

           Tapi pada kali ini, ana akan kongsi sebab ikut usrah, dan juga pengalaman-pengalaman sepanjang ikut usrah. 

          Jadi, apa itu usrah? Bagi yang tidak tahu, usrah tu kalau ikut maksud sebenarnya ialah keluarga, manakala istilahnya ialah satu kumpulan kecil yang membincangkan perkara yang berkaitan agama secara lebih dekat dari hati ke hati. Ia dipelopori oleh Imam Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin dan mengambil affilasi budaya usrah dari peristiwa al-Arqam bin Abi Arqam. Itu sahaja serba ringkas berkenaan pengenalan pada usrah.


      Kita masuk pula pada sebab ana ikut usrah, kenapa ana ikut dan apa yang dapat dari usrah itu. 


      Sebab paling penting ana ikut usrah ialah pengaruh. Ya pengaruh, dari buku yang ana baca sampailah kegiatan di media sosial semasa ana di sekolah menengah dulu. Dan pada masa tu tertubuhnya Tarbiah Sentap di mana Ustaz Adnin pada ketika itu baru muda lagi, kisah berkenaan Ahmad Ammar, yang syahid ketika menuntut ilmu dan seorang Akhwat Utem juga syahid ketika dalam perjalanan menghadiri usrah, dan juga rakan junior ana yang merupakan seorang anak kepada aktivis dakwah, selalu juga ajak rakan ana mengikuti program street dakwah dan sering upload program tajmik semasa dia berpindah ke sekolah lain.

Sedekahkan al-Fatihah buat as-Syahid Ahmad Ammar, berehatlah kamu di sana


      Selain dari di atas, setiap kali cuti sekolah je mesti ada program menarik, macam kem dakwah, kem ibadah, malah ana sendiri pernah ditawarkan bukan sahaja menjadi peserta, malah menjadi fasilitator kem tersebut. tetapi disebabkan masa tu still sekolah lagi, tak terkurung di asrama, terkurung di rumah pula, jadi kebebasan tu limited lah. Dan ana juga pernah ikut satu kem persediaan ke IPT, masa tu baru seminggu dapat tahu SPM, dan sepanjang kem tersebut juga dipanggil beberapa aktivis dakwah di mana mereka memberi pengalaman mereka dalam berdakwah sepanjang mereka menuntut ilmu, dan di akhir kem, para penganjur berpesan supaya jika mereka ingin mengikuti usrah, carilah team yang memakai lencana ini. Oleh sebab itulah ana rasa terinspirasi dengan mereka walaupun di usia yang agak muda, tetapi mempunyai semangat dakwah yang tinggi. Tapi bila dah masuk IPT, dapat lah serba serba sedikit untuk comit dalam dakwah tarbiah ini. Jadi, benda baik pun boleh mempengaruhi orang yang baik, apa lagi yang kurang baik…

Hahahahahahaha.

Selain itu, ana terinspirasi dengan penulisan akk Dr. Murarikah, atas pengalamannya sepanjang berusrah time belajar di oversea


      Ana ni background tahfiz, hafal Quran walaupun banyak tak masyi (mengingati al-Quran dengan baik), tapi rasa macam tak puas lagi dengan al-Quran, iaitu nak mempelajari dan memahami al-Quran. Jadi, apa kaitan usrah dengan al-Quran? Dalam usrahlah kami selain membincangkan tentang isu semasa, kami juga mentadabur al-Quran dan juga bedah tafsir. Sebab itu lah, ana rasa apa yang ana ikut tu dapat menggunakan apa yang ana pernah belajar sebelum ini ataupun menghargainya, tambahan pula bila ada seorang ikhwah pernah cakap bila dia ikut usrah ni, apa yang dia pernah hafal masa di maahad dulu dapat diapplikasikan dalam hidup dia dan juga naqib kami mengharapkan pelajar-pelajar tahfiz untuk mengikuti team usrah kami. Ada sesetengah masa kami diberi tugasan untuk menghafal surah tertentu, tapi bagi ana yang ni je dapat. Ceh.


          Masa sekolah dulu, lagi-lagi bila jadi pelajar sekolah agama, tinggal di asrama, setiap minggu kami diwajibkan untuk mengikuti program usrah. Nak tak nak, kena ikut jugak walaupun naqib yang kita dapat tu gangster, anak-anak buah jenis keras kepala, modul yang memeningkan dan lain-lain. Tetapi, bagi ana lain sedikit, sebab ana memang minat dengan program sebegini. Walaupun dakwah itu wajib, tetapi lain orang lain pemahaman terhadap dakwah, dan kemampuan mereka untuk berdakwah. Apa yang ana pernah belajar, usrah ini ada yang kata harus, ada juga yang katakan sunat. Tetapi, bila benda baik tu yang kita minat dan selalu kita buat, sekali kita tinggalkan rasa macam berdosa ataupun bersalah, paling tidak rasa kosong. Dah benda tu jadi “wajib” bagi kita walaupun pada hukum syarak kata tidak. 

     

Aktiviti-aktiviti masa usrah di sekolah. Ce teka mana satu ana? Hehhehehehe
Cc: Imtiaz Melaka

            Kebanyakkan IPT di Malaysia tidak menawarkan subjek pendidikan Islam di dalam pengajian yang bukan pengajian Islam. Hanya universiti islam sahaja yang tawarkan subjek pendidikan Islam untuk pengajian yang lain dan Uniten juga tawarkan walaupun pengajian utamanya berkaitan kajian kejuruteraan dan ICT. Tetapi, ia masih belum mencukupi sebab yang ditawarkan sedikit sahaja, tidak semua dan sekadar mengulangi apa yang dipelajari dari Pendidikan Quran Sunnah dan Tasawwur SPM. Jadi, sebab itu lah tujuan kami ikut usrah ialah untuk topup ataupun tambah balik yang kurang apa yang kami dari belajar dalam kelas. Lagipun, yang ambil full time pendidikan islam pun ikut usrah, bukan sebab apa tapi nak give back kepada yang lain.

 

          Selain tak tawarkan subjek pendidikan Islam, kebanyakkan orang yang mempunyai background sekolah agama, yang betul-betul ingin menjaga imej dan merindui zaman sekolah tersebut, mesti nak cuba wujudkan suasana yang dikenali sebagai biah solehah, tapi ada sesetengah yang sambung di tempat lain, lagi-lagi di luar negara yang kurangnya penduduk muslim apatah lagi pelajar di sana. Jadi, ikut usrah juga satu solusi, dan antara cara untuk hidupkan balik biah solehah sesama sendiri, dan juga sesama ahli-ahli usrah yang lain. Berkenaan ni, ana pernah juga cerita pada penulisan sebelum ini iaitu Ahlan ke IPT dan juga dengar sekali pengalaman dari ikhwah-ikhwah di mana salah seorang pernah ikut kelab Malaysia di sana, tetapi tidak lama dia keluar kerana sebagai negara yang menggunakan Islam sebagai agama persekutuan, mengapa aktiviti yang dilakukan tidak melambangkan sebuah negara Islam, lagipun kelab tersebut dipelopori oleh bukan bangsa Melayu mahupun Islam. Jadi dia ditawarkan untuk mengikuti satu usrah di sana dan akhirnya dia mendapat first class student di sebuah IPT di UK. Selain itu, ada satu hadis Rasulullah S.A.W iaitu:


مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.”

      Jadi, Hadis di atas memberikan perumpamaan untuk kita bersama orang-orang yang baik. Kalau kita memilih yang sebaliknya, jadilah yang sebaliknya lagi-lagi kita ni membawa imej dan terang-terang mengaku background sekolah agama atau tahfiz.


Dalam usrah juga dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat


      Dalam sehari ada 24 Jam, dan dalam seminggu ada 7 hari bersamaan 

7 hari  x 24 Jam/1 hari

= 168 Jam

     Cuba renungkan, dalam 168 jam dalam seminggu, berapa banyak kita tidur, makan, solat dan lain-lain. tapi bagaimana kalau yang ikut usrah? Sebut sahaja Usrah, punyalah merungut, bising cakap tiada masa, sibuk dan lain-lain. Hakikatnya, usrah ni tak lama pun, 2 jam paling lama, tu pun seminggu sekali. Amat pelik lah jika setiap hari ada usrah melainkan kalau ikut 2 usrah yang berlainan. Jadi, ana luangkan masa 2 jam sahaja untuk mentarbiah dari hati ke hati, walaupun ana dalam seminggu banyak upload quotes dalam Instagram, publish blog, dan juga solat. Tapi, walau bagaimanapun, ana still ada masa lagi nak study pelajaran, selak insta, murajaah al-Quran dan apa-apa aktiviti bagi ana yang tak sia-sia. Yang penting ialah uruslah masa dengan BAIK. So, how about you?


       Ini sahaja setakat yang ana kongsikan berkenaan sebab ana ikut usrah, walaupun sejujurnya banyak sangat sebab ana ikut usrah ini tapi ana malas nak cerita panjang  dan lagipun ana huraikan apa yang diupload dalam Instagram, sebab tak boleh cerita banyak sangat pasal ada limit. Cuma, kalau kita serious sangat minat dalam dakwah dan tarbiah, perkara yang penting sekali ialah ikut usrah, tak kisah usrah mana-mana pun, yang penting usrah tu ada perbincangan al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah. Lagipun, usrah sebagai permulaan kita dalam dakwah dan tarbiah, dan juga pengukuhan kita untuk terus berdakwah. So, next ana akan cerita berkenaan pengalaman ana sepanjang ana ikut usrah walau ia relate sedikit dengan Pengalaman Tarbiah di Sekolah. Tak nak cakap panjang, setakat ini sahaja ana berkongsi berkenaan usrah. So, berminat nak ikut Usrah? Boleh inbox di email smarttarbawi@yahoo.com ataupun Pm di ig personal ana

Akhi Lebai
12 Oct 2020
25 Safar 1442
Melaka

Comments

  1. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsiannya. Saya bukan sekolah background agama, dari segi ikhtilat lagilah tak terjaga. Tapi, alhamdulillah lepas masuk form 4 masuk sekolah perempuan tapi majority Chinese girls.. Macam mana saya suka usrah? Sebab nak istiqamah menjadi seorang muslimah itu bukan senang. Jadi, dengan mengikuti usrah ini bukan nak tunjuk yang kita ni baguss tapi kita nak didik diri untuk menjadi lebih baik sebelum jumpa dengan Maha pencipta. Tiada siapa yang tahu pengakhiran hidup kita. Rasulullah juga ada bagitahu di akhir zaman wanita boleh menjadi fitnah dan penghuni neraka kebanyakannya wanita Auzubillahi minzalik..

    ReplyDelete

Post a Comment